
Suzuki Belang R150 Serba BaruMotosikal Sports Yang Ranggi & RadikalSuzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan model Suzuki Belang R150 serba baru. Dikenali sebagai “Motosikal Sports Yang Ranggi & Radikal”, Suzuki Belang R150 menggunakan segala kecanggihan teknologi kejuruteraan Suzuki untuk menghasilkan sebuah motosikal yang ringan dan pantas kerana mempunyai nisbah kuasa dibandingkan berat yang amat impresif.

Ini membolehkan Suzuki Belang R150 muncul sebagai motosikal sport yang paling ringan dan berkuasa dalam kategori 150cc.Selain dari prestasi yang mengagumkan, para penunggang juga akan tertawan dengan ciri-ciri terkini dan canggih yang menjadikan Suzuki Belang R150 sungguh selesa ditunggangi.

Rekabentuk yang aerodinamik, peralatan yang bermutu tinggi dan sebuah enjin yang sofistikated, semuanya terhasil bagi memenuhi kehendak penunggang yang inginkan sebuah motosikal yang sportif dan anggun.MAJU DAN MANTAP DARI SEGI TEKNOLOGISebuah enjin 150cc yang berkuasa, transmisi 6 kelajuan yang lancar, sistem penyejukan SACS Suzuki dan banyak lagi ciri-ciri berinovasi membolehkan Suzuki Belang R150 mengatasi saingan dalam kategorinya.DOHC / 4-InjapPrestasi hebat Suzuki Belang R150 dihasilkan oleh enjin 150cc jenis DOHC dengan 4-Injap. “Double Overhead Camshafts” (DOHC) dan 4-injap adalah konfigurasi biasa untuk enjin yang digunakan untuk motosikal sport berprestasi tinggi. Konfigurasi jenis ini jauh lebih lancar apabila beroperasi pada kelajuan RPM enjin yang tinggi, bagi menghasilkan kuasa maksima dan juga penggunaan bahanapi yang optima.Transmisi 6 KelajuanUntuk memastikan bahawa keseluruhan kuasa dan tork enjin 150cc ini dapat digunakan secara efektif, ianya dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan dengan pilihan nisbah gear yang menjaminkan cara tunggangan yang sportif namun lancar dalam pelbagai keadaan jalan dengan kelajuan maksima lebih tinggi.

Penyejukan Udara Dengan Teknologi SACS

Teknologi SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif. Minyak ini akan disejukkan dengan mengunakan sebuah radiator penyejukan minyak untuk menghasilkan suhu operasi optima.SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material)
Silinder aluminium dilapisi bahan yang nipis tetapi amat kuat ini.
SCEM membolehkan penghasilan enjin yang lebih ringan serta
lebih efisyen dalam pengurangan suhu enjin.
Suspensi Monoshock

Sesuai dengan pelbagai keadaan jalan serta memberi
penampilan lebih sporty.
Brek Cakera Depan Lebih Besar

Walaupun cakera brek berukuran 290mm untuk lebih kuasa hentian,namun ianya tetap ringan dengan rekabentuk garispusat yang dikosongkan.
Brek Cakera Belakang Kompak

Brek jenis ‘racing’ ini mampu memberi daya kuasa hentian lebih sempurna.
SOFISTIKATED & MUDAH DI-OPERASI
Suzuki Belang R150 adalah motosikal generasi baru yang dicipta menggunakan teknologi terkini yang biasanya hanya boleh didapati pada model motosikal berkapasiti enjin yang lebih besar ataupun “superbike’.
Panel Meter Dinamik Dengan Skrin LCD

Suzuki Belang R150 dilengkapi dengan Speedometer Digital LCD yang senang dibaca, dan sebuah takometer analog yang besar dan bergaya sama seperti motosikal sports mewah Suzuki GSX-R1000.
Sistem “Suzuki Drive Mode Switch (SDMS)”
Sebuah sistem unik yang mempunyai 3 pilihan mod tunggangan yang dapat dipilih secara bergilir. Mod-mod ini adalah mod tunggangan biasa, mod tunggangan ekonomi dan mod tunggangan kuasa.
Mod Tunggangan Biasa -Mod ini adalah mod tunggangan biasa yang tidak mengutamakan ekonomi ataupun kuasa dan tidak menunjukkan tanda ECO / PWR.
Mod Tunggangan Ekonomi (ECO) - Mod ini digunakan untuk menyelaras penggunaan petrol pada kadar yang paling menjimatkan. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk penjimatan petrol.
Mod Tunggangan Power (PWR) - Mod ini digunakan untuk tunggangan agresif. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk daya kuasa pecutan maksima.
RINGAN DAN TAHAN LASAK
Penggunaan komponen aluminium secara ekstensif memberi banyak manfaat. Pertama, aluminium adalah ringan. Kedua, ianya kuat dan tahan lasak. Ketiga, ia memberi penampilan bermutu tinggi. Suzuki Belang R150 memiliki banyak komponen aluminium untuk memaksimakan kelebihan-kelebihan ini.
Rim Aluminium Alloy 10-Jejari
Di rekacipta untuk mencerminkan identiti motosikal sports Suzuki mewah,
rim yang ringan dan tahan lasak ini mampu memberi kestabilan
dan ketangkasan menunggang.
Pemegang Keselamatan Aluminium

Pemegang keselamatan aluminium yang ringan dan bergaya ini memberi penampilan yang bermutu tinggi kepada bahagian belakang Suzuki Belang R150.
Ganjal Kaki Aluminium
Ganjal kaki aluminium ini adalah jenis selot sama seperti yang digunakan pada motosikal sports mewah.

SPECIFICATIONS
Engine type : 4-stroke, air-cooled, DOHC
Bore (mm) : 62.0
Stroke (mm): 48.8
Piston displacement (cm³); 147
Compression ratio: 10.2 : 1
Carburetor: MIKUNI BS26SS
Starter system: Electric & kick starter
Lubrication system: Wet sump
Clutch: Wet, multi-plate type
Transmission: 6-speed
Drive system : RK428HSB, 120 links
Front suspension : Telescopic, coil spring, oil-damped
Rear suspension : Swingarm type, coil spring, oil-damped
Front brake: Disc brake
Rear brake: Disc brake
Front tire size: 70/90- 17 M/C 38P tube type
Rear tire size: 80/90- 17 M/C 44P tube type
Ignition type: Electronics ignition (CDI)
Spark Plug: CR8E or DENSO U24ESR-N
Battery: 12V 20.5KC (5.7AH) / 10HR
Headlight: 12V 32/32W + 18/18W
Fuel tank: 4.9 litres
Engine oil: Without filter change – 1,000ml
With filter change: 1,100ml
Overall length: 1,960 mm
Overall width: 650 mm
Overall height: 980 mm
Wheel base: 1,280 mm
Kerb Weight: 108 kg
Suzuki Belang R150 didatangkan dalam variasi 2 warna iaitu kombinasi warna dwi-ton Autumn Red/New Titan Black serta Dark Grey/New Titan Black. Suzuki Belang R150 telah meletakkan satu tanda aras baru dalam segmen motosikal sports kategori pertengahan. Untuk tungganguji, sila kunjungi pengedar sah Suzuk yangi berdekatan anda atau hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd pada talian 03-5569 9258 untuk keterangan lanjut.
HARGA: RM7,570.00